Isnin, 16 Jun 2008

Laporan Saham 16 Jun 2008

Salam Sejahtera, 16 Jun 2008–

§ SAHAM Bursa Malaysia minggu lalu melanjutkan aliran menurun di sebalik pembetulan mendadak di pasaran utama Asia berikutan peningkatan harga minyak kepada rekod tertinggi baru. Untuk minggu yang baru berakhir, KLCI susut 19 mata atau 1 setengah peratus kepada 1,229 mata manakala purata jumlah dagangan harian purata menyusut kepada 437 juta saham, berbanding 515 juta saham minggu sebelumnya.

§ Ia juga dipengaruhi oleh kerugian pada Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) bagi 4 minggu berturut-turut, tetapi dikurangkan dengan pantulan serdehana harga saham-saham utama sektor perladangan seperti Sime Darby, IOI Corp dan KLK.

§ Jumaat lepas, harga-harga saham di Wall Street meningkat 166 mata atau dalam lingkungan 1.4 peratus, berikutan harga minyak mentah Dunia turun sedikit berikutan saranan kemungkinan Arab Saudi bakal mempertingkatan pengeluaran komoditi tersebut.

§ Hari ini pula harga-harga SAHAM di Bursa Malaysia melantun kembali dalam dagangan lenggang apabila sebahagian besar pelabur mengambil pendirian untuk tidak memasuki pasaran sambil menunggu sentimen lebih kukuh seperti di terjemahkan oleh jumlah dagangan yang semakin lemah.

§ Kenaikan harga minyak dunia sebelumnya; yang sekarang belegar dalam lingkungan USD$135 setong bagi penghantaran Julai, masih menghatui sentimen para pelabur. Keadaan ini diburukkan lagi apabila penganalisisa mula menjangka kesan-kesan yang negatif terhadap pasaran kian meningkat berhubung inflasi negara.

§ Bagaimanapun, sentimen mungkin pulih berikutan gesaan negara-negara perindustrian Kumpulan Lapan (G8) untuk mengekang harga minyak mentah yang terus melonjak dengan menambah pengeluaran dan meninjau peranan spekulator.

§ Sejak awal pagi Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) telah meningkat sedikit demi sedikit hinggalah tepat pukul 12.30 tengahari KLCI telahpun naik 12 mata kepada 1,241 mata, sebelum ia kembali merosot dengan kenaikan hanya 5 mata pada 10 minit terakhir, namun belian-belian kukuh di akhir-akhir waktu dagangan kembali melonjakkan Indeks KLCI yang ditutup meningkat hampir 9 mata kepada 1,238 mata.

§ Di pengakhir dagangan, nafas pasaran agak negatif; kaunter rugi mengatasi yang untung; 318 berbanding 287, manakala 254 yang lain tidak berubah dan 486 lagi tidak diniagakan. Jumlah dagangan susut lagi kepada 387 juta saham bernilai RM867 juta.

§ Mendahului saham paling aktif antaranya saham Liqua naik setengah sen kepada 14.5 sen, StarReit diniagakan tidak berubah kepada 84 sen, Saham IOI Corp naik 5 sen kepada RM7.30, saham Maybank jatuh 5 sen kepada RM7.30 dan dan Gamuda meningkat 1 sen kepada RM2.56.

§ Di kalangan saham berwajaran tinggi Syarikat TM International naik 20 sen kepada RM7.20, Sime Darby meningkat 10 sen kepada RM9.30, Public Bank juga bertambah 10 sen kepada RM10.90 dan Saham KNM menaik 25 sen kepada RM6.50. Manakala saham perladangan PPB Group merosot 30 sen kepada RM10.70 dan Tenaga jatuh 5 sen kepada RM8.40.

§ Jumlah keseluruhan dagangan pasaran dijangka kekal lemah dengan pelabur terus meminggirkan pasaran disebabkan oleh ketidaktentuan kesan ekonomi terhadap kenaikan harga bahan bakar utama dunia. Paras sokongan penting indeks komposit kekal pada paras 1,200 mata manakala paras halangan terdekat adalah pada 1,250 mata.

§ Minggu lalu, kerajaan berusaha memberi kelegaan kepada rakyat dengan mengumumkan tidak akan berlaku sebarang kenaikan harga minyak tahun ini selepas peningkatan mendadak bulan ini.

§ Sekiranya harga minyak mentah terus meningkat, ia tidak memberi kesan baik kepada negara apabila kadar subsidi yang lebih tinggi akan memberi kesan terhadap kuasa berbelanja bagi projek pembangunan dan meningkatkan bajet defisit negara.

§ Situasi itu akan menjadi semakin teruk sekiranya harga minyak mentah kekal dalam aliran meningkat dan kesukarannya untuk menurun, memungkinkan negara berdepan satu lagi peningkatan harga tahun depan.

§ Kebimbangan ini tidak terhad di negara ini saja apabila Menteri Kewangan daripada Kumpulan Negara Maju membuat kesimpulan dengan mengenal pasti peningkatan harga makanan dan minyak dapat menggantikan kekangan kredit yang menjadi ancaman terbesar terhadap ekonomi dunia.

§ Tekanan inflasi adalah kebimbangan utama bank-bank pusat di seluruh dunia ketika ini dan tindak balasnya adalah berbentuk mengukuhkan monetari yang menyaksikan kadar faedah menuju ke arah menaik di skala global, termasuk Malaysia menjelang akhir tahun.

§ Bank pusat menyifatkan tekanan inflasi semasa dipacu isu berstruktur yang berkaitan dengan keadaan bekalan dan bukan permintaan. Kini, pasaran menumpukan perhatian kepada pembuat dasar di Amerika dalam usaha menangani situasi itu dan menaikkan kadar faedah.

§ Secara teori nya, jangkaan peningkatan kadar faedah dan pengukuhan dolar Amerika akan memberi kesan negatif kepada pasaran equiti terutama negara-negara sedang membangun, termasuk Malaysia apabila dana akan disalurkan kembali ke Amerika.

§ Kesimpulannya, pergerakan penunjuk teknikal untuk KLCI ketika ini, mengukuh dengan diskaun dua digit pada pasaran saham hadapan bagi bulan ini (atau double digit discount on the Futures market). Jadi, para pelabur boleh menjangkakan lebih banyak tekanan ke bawah bagi pasaran tunai untuk seterusnya.
§ Dengan catatan itu, sekian dulu dari saya, Shahbandar, melaporkan untuk Saham Malaysia,--Memacu--Pelaburan--Negara!--

1 ulasan: