Rabu, 11 Jun 2008

Laporan Saham 10 Jun 2008

Salam Sejahtera, 10 Jun 2008–

§ Peningkatan serdehana harga-harga saham di Wall Street semalam setelah menjunam 400 mata sebelumnya, dengan semalam Indeks purata Industri Dow Jones meningkat 71 mata atau 0.6 peratus untuk ditutup pada paras 12,280 mata adalah berikutan lantunan kembali penjualan sektor perumahannya serta kebimbangan data perbelanjaan pelanggan di Amerika; yang lebih baik dari jangkaan.

§ Namun, harga-harga saham di Bursa Malaysia ditutup rendah pada hari ini di sebalik kegiatan pengambilan untung di kalangan saham mewah terpilih terutama di disessi kedua waktu dagangan.

§ Pada penutup Indeks KLCI hampir tidak berubah turun hanya 0.02 mata untuk ditutup pada paras 1,231 mata. Di awal sessi pagi ia telah pun menokok 8 mata sebelum kembali merosot terus kedaerah negatif hingga ke pengakhir waktu dagangan.

§ Sekali lagi dilihat saham-saham berharga rendah turun akibat pelabur runcit dan sebahagian pelabur asing melepaskan pegangan mereka, manakala kegiatan pelabur institusi terutama institusi tempatan pula memancing saham-saham berwajaran tinggi dalam suasana yang sangat berhati-hati.

§ Pelabur runcit dilihat terus-terusan cuba meminggirkan pasaran, manakala para pelabur institusi dirasakan kekal mengambil sikap berhati-hati, berikutan keadaan ekonomi Global yang masih mencari-cari petunjuk baru setelah harga minyak mentah melambung tinggi baru-baru ini.

§ Di pengakhir urusniaga; Nafas pasaran negatif; saham yang rugi mengatasi yang untung dengan 396 berbanding 227, manakala 253 kaunter lain tidak berubah dan 470 lagi tidak diniagakan. Jumlah dagangan hari ini meningkat sedikit sejumlah 454 juta saham bernilai hanya RM1.2 billion, berbanding semalam 408 juta saham dengan nilai RM1.1 bilion.

§ Mendahului saham paling aktif antaranya AirAsia naik 1 setengah sen kepada 90 sen, Resorts World turun 3 sen kepada RM2.99, Saham Salcon dan IOI Corp yang diniagakan tidak berubah kepada 60 sen dan RM7.10 setiap satu.

§ Di kalangan saham berwajaran tinggi Sime Darby turun 5 sen kepada RM9.10, Saham RHB Capital susut 10 sen kepada RM4.86, Genting juga jatuh 5 sen kepada RM5.65 dan MMC Corp merosot 6 sen kepada RM3.14. Manakala saham Tenaga Nasional naik 15 sen kepada RM8.40 dan KNM Group Berhad turut meningkat 20 sen kepada RM6.40.

§ Menuju kehadapan, arus pasaran dijangka akan tetap didagangkan tidak menentu; terlalu banyak ketidakpastian yang bakal timbul sekiranya harga komoditi kekal tinggi apabila Dollar terus mengukuh terutama paras tinggi baru minyak mentah global, sekarang sekitar UDS134 setong.

§ Pasaran serantau dilihat agak tidak menentu dengan kegelisahan para pelabur menjurus kepada beban kadar inflasi menaik di segenap sektor. Shanghai turun hampir 8 peratus, Hang Seng merudum lebih 4 peratus, Taiwan susut 2.5 peratus, Nikei jatuh 1.1 peratus dan STI Singapura juga turun 1.65 peratus, rata-rata semua jatuh.

§ Tinjauan bagi harga minyak mentah global, dilihat akan kekal tinggi kerana permintaan melangkaui bekalan, terutama sekali dengan keperluan yang besar ekonomi baru muncul seperti India dan China.

§ Peningkatan harga dijurus daripada pemintaan yang sedia ada di paras yang tinggi; ditambah lagi dengan gangguan pengeluaran atau kekangan bekalan akibat dari ketidakpastian faktor cuaca serta sebab kege-lisahan risiko geo-politik;

§ Tidak kurang pula kehadiran spekulator-spekulator pasaran hadapan komoditi; yang semakin aktif dan aggresif telah meningkatkan permintaan kontrak niaga hadapan.

§ Dengan catatan itu, sekian dulu dari saya, Shahbandar, melaporkan untuk Saham Malaysia,--Memacu--Pelaburan--Negara!--

Tiada ulasan: