Rabu, 14 Mei 2008

Lapuran Saham 13, May 2008

13hb. May 2008 - Selasa
  • Berbeza dari hari sebelumnya; harga-harga saham di Bursa Malaysia menyaksikan dagangan negatif berikutan ketiadaan belian-belian kukuh dari pelabur institusi yang sebelumnya dilihat telah membantu indeks pengukur pasaran tempatan untuk kekal dalam kedudukan menaik seperti semalam.

  • Walaupun Dow Jones meningkat 130 mata semalam (kepada 12,876 mata) dan hari ini sebahgian besar dari pasaran-pasaran serantau juga meningkat. Namun sebaliknya, Tepat pada pukul 5 petang penanda aras Indeks KLCI jatuh hampir 7 mata atau 0.5 peratus kepada 1,287 mata.

  • Di pengakhir urusniaga; Nafas pasaran agak negatif; saham yang rugi mengatasi yang untung dengan 345 berbanding 320, manakala 277 kaunter lain tidak berubah dan 418 lagi tidak diniagakan.

  • Jumlah dagangan hari ini dikatakan masih rendah sejumlah 525 juta saham bernilai hanya RM1 billion berbanding dengan minggu lepas, purata dagangan 551 juta saham sehari; bernilai RM1.2 billion.

  • Mendahului saham paling aktif adalah saham-saham murah; antanya ialah PECD Berhad yang diniagakan tidak berubah kepada 7 sen, Air Asia naik 2 sen kepada RM1.23, Saham Jaks menokok 2 sen kepada 77 sen, Kumpulan Hartanah Selangor meningkat 2.5 sen kepada 70.5 sen. Kaunter lain termasuk Golden Plus diniagakan meningkat 15 sen kepada RM2.16 dan TimeCom turun setengah sen kepada 45.5 sen.

  • Di kalangan saham berwajaran tinggi IOI Corp turun 15 sen kepada RM7.25, Sime Darby jatuh 10 sen kepada RM9.45, Petronas Gas merosot 20 sen kepada RM10.00, Public Bank juga turun 10 sen kepada RM11.90 dan DiGi jatuh 45 sen kepada RM24.80. Manakala, Saham Astro naik 18 sen kepada RM3.78, KNM meningkat 15 sen kepada RM6.65 dan Ann Joo turut naik 18 sen kepada RM4.06.

  • Dalam pada itu, Harga minyak mentah dunia yang masih berada di lingkungan yang tinggi, antara USD124 ke 125.00 setong, menyaksikan kebimbangan inflasi yang terus menekan pasaran. Juga nilai Ringgit diparas RM3.21 berbanding Dollar (dari RM3.13 seminggu lalu); memaparkan Dollar kembali mengukuh dalam suasana harga-harga komoditi dan bahan-bahan mentah masih tinggi, sekiranya berterusan maka sesetengah Negara bakal berhadapan dengan inflasi import yang pastinya akan meningkat sama.

  • Menuju kehadapan, pasaran dijangka akan mencari-cari lantai atau dasar yang baru untuk memungkinkan proses penyusunan semula (atau consolidation process), sebelum dapat membentuk asas sokongan yang lebih kukuh seperti 1,270 mata.

  • Faktor-faktor luaran akan terus membayangi Bursa tempatan; dan sepekara lagi, menuju Perhimpunan Agung Umno yang bakal diadakan pada Disember nanti, telah sedikit sebanyak mengalihkan tumpuan pasaran; juga perkembangan-perkembangan terbaru antara ahli-ahli parlimen yang dipilih serta kerajaan-kerajaan yang sedang memerintah.

  • Ironisnya, kekurangan petunjuk baru telah menggalakkan para pelabur terus-terus meminggirkan pasaran sambil bertambah sensitif terhadap desas desus pasaran.

  • Pasaran tempatan dijangka bakal didagangkan dalam keadaan tidak menentu berikutan kedudukan pasaran saham dihujani sentimen cerita-cerita socio-politik Negara yang akhirnya mengakibatkan para pelabur menjadi terlalu berhati-hati.

  • Dengan catatan itu, sekian dulu dari saya, Shahbandar, melaporkan untuk Saham Malaysia, - Memacu - Pelaburan- Negara! -

Tiada ulasan: