Rabu, 14 Mei 2008

Lapuran Saham 14, May 2008


Salam sejahtera, 14, May 2008; – Rabu

§ Bursa Malaysia menyaksikan dagangan turun naiknya pada minggu ini atau didagangkan dalam jajaran yang lebar yakni high volatility [antara 1,284 mata (pada hari Isnin) hingga 1,297 mata di awal pagi (hari ini -Rabu)] dengan nilai urusniaga yang agak serdehana.

§ Pelabur runcit dilihat terus-terusan meminggirkan pasaran, manakala para pelabur institusi dirasakan kekal mengambil sikap berhati-hati, berikutan keadaan ekonomi Global yang semakin suram akibat sekali lagi kehadiran harga minyak mentah sekarang ini, telah mencecah rekod baru selesa berada pada tahap melampaui USD126 setong.

§ Tekanan harga minyak mentah tegar berlegar di tahap tinggi; di tambah lagi dengan pengukuhan nilai Dollar Amerika berbanding matawang-matawang utama dunia; para pedagang cuba mendapatkan Dollar bagi menampung kenaikan harga-harga barangan komoditi juga penutupan kontrak-kontrak jualan pendek atau short covering; antaranya Ringgit kini didagangkan menghampiri RM3.27 berbanding sedolar Amerika; sedangkan semalam pada paginya RInggit diniagakan hanya dibawah RM3.20 sedolar. Perbezaan yang sangat ketara dan memerlukan perhatian segera dari segenap pihak.

§ Semalam Dow Jones telah merosot 44 mata kepada 12,832 mata dan hari ini pasaran-pasaran serantau juga didagangkan agak bercampur-campur terutama disesi petangnya akibat pergerakan Dollar Amerika yang agak ketara.

§ Namun, tepat pada pukul 5 petang penanda aras Indeks KLCI hanya mampu naik 1 mata atau 0.1 peratus kepada 1,288 mata walaupun disessi pagi ia telahpun menokok 10 mata lebih tinggi, atau 0.8 peratus, pada 1,296 mata menghampiri paras psikologi 1,300 mata. Pengukuhan ketara Dollar Amerika telah mengundang kegiatan menjual yang berterusan di kaunter-kaunter mewah berkaitan Indeks, mengakibatkan harga-harga saham terus terhakis di Bursa tempatan.

§ Di pengakhir urusniaga; Nafas pasaran positif; saham yang untung mengatasi yang rugi dengan 371 berbanding 313, manakala 279 kaunter lain tidak berubah dan 396 lagi tidak diniagakan.

§ Jumlah dagangan hari ini dikatakan kembali serdehana sejumlah 605 juta saham bernilai hanya RM1.2 billion, berbanding semalam 525 juta saham bernilai hanya RM1 billion semalam.

§ Mendahului saham paling aktif antanya Air Asia turun 4 sen kepada RM1.19, Leader Steel naik 26 sen kepada 96 sen, PECD Berhad yang diniagakan tidak berubah kepada 7 sen dan saham Liqua meningkat 1.5 sen kepada 14.5 sen. Kaunter lain termasuk Time Com diniagakan turun setengah sen kepada 45 sen dan Kinsteel naik 5 sen kepada RM1.64.

§ Di kalangan saham berwajaran tinggi IOI Corp naik 10 sen kepada RM7.35, PPB Group meningkat 30 sen kepada RM11.20, AMMB meningkat 12 sen kepada RM3.96, Sime Darby naik 5 sen kepada RM9.50. Manakala, Saham Public Bank jatuh 30 sen kepada RM11.60 dan Bumiputra Commerce turut turun 10 sen kepada RM9.90.

§ Menuju kehadapan, arus pasaran dijangka akan tetap didagangkan tidak menentu; terlau banyak ketidakpastian yang bakal timbul sekiranya harga komoditi kekal tinggi apabila Dollar terus mengukuh.

§ Tidak dinafikan kemungkinan ada sokongan dari dana-dana tempatan yang akan cuba mengembalikan faktor suasana ceria pasaran atau “feel good factor” yang telah tidak dirasai sejak selepas pilihan raya umum Mac lalu.

§ Isu kebarangkalian peningkatan kadar inflasi, kini lebih menekan; tinjauan bagi harga minyak mentah global, dilihat akan kekal tinggi kerana permintaan melangkaui bekalan, terutama sekali dengan keperluan yang besar ekonomi baru muncul seperti India dan China.

§ Peningkatan harga dijurus daripada pemintaan yang sedia ada di paras yang tinggi; ditambah lagi dengan gangguan pengeluaran atau kekangan bekalan akibat dari ketidakpastian faktor cuaca serta sebab kege-lisahan risiko geo-politik; tidak kurang pula kehadiran spekulator-spekulator pasaran hadapan komoditi; yang semakin aktif dan aggresif telah meningkatkan permintaan kontrak niaga hadapan.

§ Kesimpulannya; apabila bekalan tidak meningkat maka potensi harga minyak untuk turun sangat kecil. Tetapi, peluang untuk naik pula sangat tinggi. Malah, sensitiviti sesuatu gangguan bekalan atau kekangan boleh menyebabkan harga minyak terus melonjak lagi.

§ Dengan catatan itu, sekian dulu dari saya, Shahbandar, melaporkan untuk Saham Malaysia, --Memacu--Pelaburan--Negara!-- .

Tiada ulasan: