Khamis, 29 Mei 2008

Laporan Saham 29, May 2008

Salam sejahtera, 29, May 2008; –

§ Harga-harga saham di Bursa Malaysia kembali meningkat, dalam dagangan lengang berikutan kegiatan memancing saham-saham perladangan serta yang berkait minyak & gas oleh sebilangan pelabur, apabila kebanyakan yang lain memilih untuk tidak memasuki pasaran.

§ Para pelabur memberikan reaksi negatif dari kejatuhan-kejatuhan samada di Wall Street dan pasaran serantau sebelumnya, serta kebimbangan tentang harga minyak global yang semakin meningkat (sekarang berlegar sekitar USD130 setong).

§ Indeks KLCI dilihat cuba bertahan untuk kembali meningkat hari ini dalam dagangan yang agak lenggang dari sesi pagi, ekoran kelangsungan tekanan jualan di kaunter-kaunter berwajaran tinggi seperti Tenaga, MISC, Public Bank, Maybank, MMC Corp, dan Gamuda.

§ Pada pukul 12 setengah tengah hari, penanda aras Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) naik 6 mata kepada 1,266; namun, Indeks KLCI kemudiannya ditutup pada paras 1,262 meningkat hanya 1 setengah mata atau 0.1 peratus dari penutup semalam; berikutan timbulnya aktiviti penjualan diakhir-akhir waktu urusniaga walaupun sebelumnya pasaran sudah pun berada setinggi peningkatan hampir 10 mata pada 1,270 mata.

§ Sektor Perladangan dan sesetegah saham-saham berwajaran tinggi adalah antara penyumbang utama kenaikan;

§ Antara saham cergas hari ini; Saham Maybank susut 5 sen pada RM7.45; Telekom turun 4 sen pada RM3.12; Gamuda juga turun 12 sen untuk ditutup pada RM2.98; Saham Resorts World menokok 2 sen pada RM3.22 dan saham Genting meningkat 10 sen kepada RM5.85.

§ Antara saham berwajaran tinggi, Sime Darby menokok 20 sen kepada RM9.45, PPB Group naik 40 sen kepada RM11.00 dan IOI Corp meningkat 5 sen kepada harga RM7.15, manakala Tenaga Nasional mendahului kejatuhan turun 10 sen kepada RM6.85.diikuti MISC dan Publik Bank kedua-duanya turun 10 sen kepada RM9.45 dan RM11.40.

§ Jumlah dagangan masih rehdah, hanya mencecah 457 juta saham yang diniagakan dengan nilai RM1.3 billion. Nafas pasaran positif 340 saham yang menaik berbanding 277 saham menurun sementara 273 yang lain tidak berubah dan 464 kaunter lagi langsung tidak diniagakan.

§ Apa juga perkembangan di Amerika, ia akan membawa kesan limpahan kepada bursa serantau lain termasuk Malaysia. Meskipun pasaran meningkat pada Selasa lalu, ia gagal mengekalkan aliran tersebut dan turun 14 mata semalam. Kenaikan minima hari ini menjadikan hala tuju pasaran semakin sukar diramal, ada kebarangkalian harga-harga saham akan kurang dipacu; oleh para pelabur yang hanya sekadar menambahkan nisbah tunai portfolio mereka, tetapi pasaran bakal dinilai dari sudut kekuatan fundamental serta potensi peluang keuntungan atau “the upside potential”. Kebiasaannya fundamental yang kukuh akan disaran oleh keuntungan Syarikat itu sendiri.

§ Realitinya; Lapuran kewangan terbaru syarikat-syarikat yang diumum dilihat agak kurang memberansangkan, dan ianya sebagai kayu ukur tahap kesihatan atau sebahagian dari fundamental sebenar Syarikat-syarikat yang tersenarai.

§ Saham berkaitan perladangan, perbankan dan minyak & gas terus menjadi tumpuan utama. Para pelabur, terpaksa akur dengan wujudnya lebih banyak kebimbangan tekanan bahawa ekonomi Amerika semakin terjerumus ke kancah kemelesetan berikutan lapuran-lapuran ekonomi terkini nya; dan juga akur akan kini Malaysia juga dilihat berhadapan dengan persekitaran politik semasa yang agak kurang menentu.

§ Dalam pada itu, kerajaan akan mengumumkan pelan baru subsidi minyak sebelum Bajet 2009 yang akan menentukan manfaatnya dinikmati oleh golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Langkah itu adalah antara beberapa tindakan proaktif dan inovatif yang perlu dilaksanakan segera bagi meringankan beban rakyat. Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dilapor berkata bahawa subsidi untuk minyak yang dijual di stesen minyak akan diubah agar dapat dinikmati oleh kumpulan sasar seperti golongan yang berpendapatan rendah.

§ Pasaran saham di bursa-bursa Asia menjangkakan pasaran pada separuh kedua tahun ini turut berdepan dengan keadaan turun naik dengan kedudukan ekonomi Amerika terus menjadi kebimbangan utama pelabur. Hakikatnya Pelabur terpaksa menerima scenario kesan lanjutan atau “after math”, walaubagaimanapun masih ramai penganalisa ekonomi terus meramal bahawa Malaysia adalah sedia mantap dan terlindung dari sebarang kejutan hasil dari kemelesetan ekonomi Amerika.

§ Dengan catatan itu, sekian dulu dari saya, Shahbandar, melaporkan untuk Saham Malaysia,--Memacu--Pelaburan--Negara!--

Tiada ulasan: